TITIAN SYAWAL: IBADAH HANGUS SEHANGUS KUIH RAYA TAK JADI?

Ada orang kata tanda Ramadhan sudah dekat ialah apabila iklan buah kurma bertalu-talu di radio dan TV. Petanda raya sudah dekat pula ialah apabila Ramadhan bermula. Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar, diam tak diam, dalam masa kita terkira-kira hari yang telah berlalu dalam bulan Ramadhan ini, rupa-rupanya Ramadhan sudah pun sampai ke penghujungnya, memberi laluan kepada Syawal. Justeru, mari kita sama-sama renung kembali jejak-jejak Ramadhan yang baru meninggalkan kita itu bagi mengukur tahap pencapaian iman kita.

 
Ramadhan – penghulu segala bulan, suatu pengiktirafan ALLAH SWT terhadap satu bulan yang di dalamnya ALLAH SWT sendiri telah janjikan ganjaran dan gandaan pahala yang berlipat ganda. Dalam bulan inilah para ahli ibadah akan menggunakan setiap saat peluang untuk menggandakan ibadah mereka.

 
Read more »

LAMBAIAN RAMADHAN: DOA-DOA HARIAN DI BULAN RAMADHAN (HARI KE-28 HINGGA 30)


 
Hari: 28
 
Ya ALLAH.
Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan sunnah,
dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan.
Dekatkanlah perantaraanku kepadaMu di antara semua perantara,
wahai Yang Tidak Disibukkan Oleh Permintaan orang-orang yang meminta. Read more »

LAMBAIAN RAMADHAN: DOA-DOA LAIN DI BULAN RAMADHAN


 
Bulan Ramadhan merupakan salah satu keistimewaan dan kelebihan umat Nabi Muhammad SAW. Bulan ini adalah bulan yang penuh dengan rahmat, pengampunan, kemuliaan dan kasih sayang daripada ALLAH SWT. Oleh itu kita boleh lihat betapa Rasulullah SAW selalu bersiap sedia untuk menyambut bulan Ramadhan dari bulan Rejab lagi. Disebutkan dari hadis riwayat Imam al-Baihaqi di dalam al-Syu’ab bahawa Rasulullah SAW akan berdoa apabila memasuki bulan Rejab seperti berikut, “Ya ALLAH. Berkatilah ke atas kami pada bulan Rejab dan Syaaban serta pajangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan.”

 
Gambaran kesungguhan Nabi SAW dalam menyambut Ramadhan dapat dilihat melalui riwayat al-Tabrani dalam al-Kabir, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Seandainya Read more »

LAMBAIAN RAMADHAN: DOA-DOA HARIAN DI BULAN RAMADHAN (HARI KE-25 HINGGA 27)


 
Hari: 25
 
Ya ALLAH.
Jadikanlah aku orang-orang yang menyintai auliyaMu dan memusuhi musuh-musuhMu.
Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup NabiMu,
wahai Penjaga Hati para Nabi. Read more »

LAMBAIAN RAMADHAN: DOA-DOA HARIAN DI BULAN RAMADHAN (HARI KE-22 HINGGA 24)


 
Hari: 22
 
Ya ALLAH.
Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurniaMu.
Turunkan untukku berkat-berkatMu.
Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredaanMu. Read more »

LAMBAIAN RAMADHAN: DOA-DOA HARIAN DI BULAN RAMADHAN (HARI KE-19 HINGGA 21)


 
Hari: 19
 
Ya ALLAH.
Penuhilah bahagianku dengan berkah-berkah Ramadhan.
Dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya.
Janganlah Engkau jauhkan aku dari keterkabulan amal- Read more »

LAMBAIAN RAMADHAN: DOA-DOA HARIAN DI BULAN RAMADHAN (HARI KE-16 HINGGA 18)

 
Hari: 16
 
Ya ALLAH.
Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik.
Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat.
Dan naungilah aku dengan rahmatMu hingga sampai ke alam akhirat. Read more »

FORMULA KASI CAIR BAKAL MENTUA

Baru-baru ini dalam komen Facebook dengan seorang junior sekolah, selain saling berbalas cerita sempat jugalah si junior tersebut mengusik-ngusik tentang status saya. Dalam erti kata yang lebih tepat lagi, soal jodoh. Walaupun sudah dapat mengagak soalan standard tersebut pasti keluar dari ‘mulut’ si junior itu, kelangsungan perbualan tersebut membuka hati saya untuk berkongsi sesuatu dengan anda semua.

 
“Eleh, nak juga pangkat ustaz depannya. Biasalah, memilih. Biarkan biarkan! Tak ada orang mau nanti baru tau!” – salah satu kata-kata usikan dalam perbualan tersebut yang mampu meledakkan tawa. Alahai…

 
Read more »

LAMBAIAN RAMADHAN: DOA-DOA HARIAN DI BULAN RAMADHAN (HARI KE-13 HINGGA 15)

 
Hari: 13
 
Ya ALLAH.
Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan.
Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan.
Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa. Read more »

LAMBAIAN RAMADHAN: PESTA MAKAN VS PESTA IBADAH


Iklan Ramadhan TV9 2011

 
Rasa terhibur hati bila menonton iklan Ramadhan baru di TV9. Iklan yang dilakonkan oleh AG dan Leeya Hot FM itu adalah mengenai seorang lelaki (AG) yang bersaing untuk membeli juadah berbuka terbanyak dengan jirannya (Leeya). Perasaan ‘berjaya’ kerana membeli paling banyak itu menjadi sebaliknya bila mendapat tahu Read more »